Siapa Melayu?

August 27th, 2008 by dryhearttogether

Hari ini di bumi Malaysia masih bergolak mempersoalkan hak-hak ketuanan orang melayu? Adakah Melayu penduduk peribumi tanah tumpah negara Malaysia atau hanya omongan penduduk melayu sendiri.. Ingatlah di mana bumi di pijak di situ langit di junjung… Jika kita mempersoalkan siapa Melayu bermakna kita telah mempersoalkan siapa kita sebenarnya…

        Melayu adalah satu bangsa yang terlalu unggul pengguasaannya di mata masyarakat barat.. Kekuatan bangsa terletak hanya pada perkataan ‘me’ sahaja, tanpa perkataan ‘me’ MELAYU akan jadi layu… ‘Me’ boleh membawa erti yang banyak.. Melangkah, menikam, melepak, melihat dan pelbagai perkataan boleh kita jelmakan.. Melangkah memberi erti sangat mendalam, sekali melangkah jangan sesekali berundur itulah kata-kata pendekar-pendekar Melayu.

        Jika Melayu hari ini sendiri mempersoalkan tentang hak mereka sendiri, ini bermakna mereka tidak pernah tahu siapa itu MELAYU.. Kita tidak seharusnya mempersoalkan mengapakah Melayu  dimanja-manja dengan pelbagai  hak-hak keistimewaan, kerana bangsa Melayu berhak menerima semua ini. Telah tertulis dan tersurat Tanah Melayu adalah satu empayar yang sangat kuat pada satu masa dahulu, apakah menjadi kesalahan jika bangsa Melayu merasa nikmat-nikmat hasil perjuangan orang zaman dahulu?

         Tak akan hilang MELAYU di dunia… Perpatah Datuk Laksmana Hang Tuah memang cukup tinggi nilainya, kerana bangsa Melayu yang penuh nilai adat dan kesopanannya memang sukar dicari oleh bangsa lain. Carilah Melayu di seluruh dunia ini, pasti kita akan ketemui tetapi pastikah dia benar-benar MELAYU atau hanya dasar keturunannya sahaja.. Jika hari ini ada insan yang mempersoalkan hak-hak orang Melayu, jangan sesekali kita sebagai orang Melayu berdiam diri dengan mengatakan betul…betul…betul… Jangan ingat perjuangan kita sudah selesai, Melayu harus Merdeka… jangan kita dijajah oleh bangsa lain biarpun mereka adalah warganegara MALAYSIA..

         Bangkitlah wahai orang-orang Melayu, jangan kita didodoikan dengan nyanyian asyikkan muzik daripada bangsa lain… Bila kita terlena pasti orang di sana ketawa melihat kita, bila diberi kemerdekaan masih tetap dijajah..

         Jika hari ini Melayu tidak kenal erti bersatu padu, hancurlah bangsa itu sendiri sebagai satu bangsa yang berdaulat, sebagai satu bangsa yang gah di mata dunia atau kita hanya ingin di pandang sebagai cengkerang yang didiami umang-umang… Adakah kita ini sebagai satu bangsa yang didiami tumbuh-tumbuhan parasit, sampai masa kita hanya merempat di Tanah Air kita sendiri.. Kita harus menjadi bangsa yang cintakan Tanah Air dan cintakan bangsa kita dahulu sebelum kita menjaga kepentingan bangsa lain… To be continue….